Wednesday, April 15, 2015

Mengenali Arduino (Part 1)

Arduino adalah sekeping board yang boleh diprogramkan menggunakan bahasa 'C languange' dan mengikut arahan seperti yang telah di atur didalam program sebagai contoh menghidupkan lampu LED mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan dan sebagainya. 

Arduino mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan oleh sesiapa sahaja dalam mencipta peralatan yang berguna dimasa sekarang dan juga di masa hadapan.

Arduino mempunya bermacam jenis model dan yang paling popular sekali dan mudah didapati adalah model Arduino Uno R3. Disebabkan itu, model ini akan saya gunakan didalam pembelajaran dan projek.

Gambar dibawah adalah gambar board ARduino Uno R3:



Didalam board terdapat sebuah cip yang besar iaitu ATmega 328. Cip ini adalah microprocessor iaitu sebuah IC yang boleh diprogram. IC ini merupakan otak didalam board ARduino Uno R3.

Sila lihat rajah dibawah untuk anda lihat lebih jelas dan mudah part-part yang penting didalam board Arduino Uno R3.



Didalam post ini saya hanya menyentuh mengenai hardware saja iaitu board Arduino Uno.Pada post yang datang saya akan membincang mengenai Software Arduino yang akan digunakan untuk menghubungkan hardware dan juga digunakan untuk membuat 'Sketch' iaitu program.
 

No comments:

Post a Comment