Pada kali ini kita akan configure board kita didalam software.Tujuan setting ini adalah supaya software dapat mengenal pasti board yang kita guna dan dapat berinteraksi dengan board. Berinterakis disini bermaksud software dapat menghantar program ke board.Pastikan semasa configure dilakukan, board masih lagi disambungkan dengan PC.
Langkah - langkah configure Board didalam Software Arduino.
1. Buka Software Arduino dan tekan Tool --> Board --> Arduino Uno
2. Tekan Tool semula untuk select port pula. Langkahnya adalah Tool-->Port-->Com16(Arduino Uno)
semakin besar nombor port bermakna itu adalah kemungkinan besar port yang anda gunakan untuk board.Jadi pilihlah nombor yang besar.Sekiranya board sudah dapat berinteraksi dengan software, dibahagian bawah software akan tertera 'Arduino Uno on Com16' . Sekiranya ada , itu bermakna anda telah berjaya melakukan configuration
Gambar diatas menunjukkan bagaimana software memaparkan board anda sudah berinteraksi dengan software. Selepas ini pada post yang akan datang, kita akan memuatnaik program contoh yang telah ada didalam software untuk membukitikan betul-betul yang software beriteraksi dengan board Arduino dan melihat board melaksanakan program yang telah dimuat naikkan kepadanya.
No comments:
Post a Comment