Sekiranya anda sudah memiliki Board Arduino Uno, jadi boleh lah terus download software Arduino disini:
(Software ini hanya untuk windows)
Selepas software siap didownload, anda hanya perlu unzip sahaja file tersebut.Untuk membuka software Arduino ini anda hanya perlu klik pada icon application.
Cara-cara menghubung Board Arduino ke PC/Laptop(Windows)
1. Apa yang anda perlu buat sekarang adalah sambungkan Board Arduino ke PC dengan menggunakan kabel USB ke mana-mana port USB PC/Laptop anda.
2. Sebaik sahaja Board disambungkan ke PC, anda akan dapat lihat lampu LED hijau pada board akan menyala, ini menunjukkan board telah mendapat tenaga elektrik.
3. Window akan cuba mengesan hardware apa yang telah disambungkan dengan mencari software/driver yang sesuai pada board Arduino itu. Windows tidak dapat mengesan, dan mengeluarkan warning seperti gambar dibawah.Jadi tugas anda seterusnya pula mencari driver untuk board arduino.
4. Klik pada butang Start menu dan taip devmgmt.msc kemudian tekan ENTER. Device manager akan keluar selepas itu.
5. Pergi ke bahagian Ports dan cari tanda yang menunjukkan driver tidak dapat dikesan.Tekan 'Update driver software'. Pilih fail folder Software Arduino yang anda telah download sebelum ini
6. Selepas itu pilih file 'Drivers'. langkah seterusnya pilih file Arduino Uno.
6. Selepas itu pilih file 'Drivers'. langkah seterusnya pilih file Arduino Uno.
7. Tekan Next - Next dan installation pun selesai.
Didalam post seterusnya iaitu 'Mengenali Arduino (Part 3)' , saya akan menunjukkan bagaimana untuk configure board Arduino Uno didalam Software yang telah di Install tadi.
No comments:
Post a Comment